Kehidupan peribadi Emma_Maembong

Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik.[10] Bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya berketurunan Scotland.[11] Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia[12] dan beliau juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong.[13] Adik Emma Chacha dan kakaknya Yaya juga seorang pelakon.[14] Pelakon Wan Raja ialah abang ipar beliau. Pada tahun 2014, Emma mula bertudung.

Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan.[15] Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.[16]

Emma sebelum ini pernah dihebohkan menjalin hubungan dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak sekitar 2011.[17] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[18][19] Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu.[20]

Pada hujung Januari 2019, Emma telah mencipta kontroversi hangat apabila dirinya menjadi tular di seluruh platform internet dan media sosial kerana membuat keputusan untuk membuka tudungnya setelah 5 tahun mengenakannya berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang menteri yang mengakibatkan dirinya dikritik dan dikecam hebat oleh netizen dan peminat yang kecewa akan keputusannya itu.

Rujukan

WikiPedia: Emma_Maembong http://beautifulnara.com/gambaremma-maembong-mula-... http://admya.blogspot.com/2013/10/cerekarama-cipta... http://beritaornews.blogspot.com/2012/09/biodata-d... http://djdanchef.blogspot.com/2013/01/adik-beradik... http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2012/08/jo... http://infotaip.blogspot.com/2013/10/drama-projek-... http://infotaip.blogspot.com/2013/11/yes-boss-dram... http://maembong.blogspot.com/2011/10/maembongs-art... http://rasanyaoren.blogspot.com/2013/02/drama-kamp... http://www.imdb.com/name/nm7415021/